Siri Cepat Membaca – BACALAH ANAKKU

15 08 2009

IMG_9391_ads

Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku – Kaedah fonetik menekankan penguasaan hubungkait di antara huruf-huruf dan bunyinya. Kajian menunjukkan bahawa otak manusia membaca dengan membunyikan (decoding) bunyi huruf-huruf bukan membunyikan nama-nama huruf. Oleh sebab sebutan perkataan bahasa melayu memang terbit secara langsung daripada gabungan bunyi-bunyi huruf, mengajar membaca menggunakan kaedah fonetik adalah yang terbaik.

Tambahan pula kaedah fonetik hanya mensyaratkan kanak-kanak mengenal dan mengingat hanya 25 huruf dan bunyinya sahaja. Ini berbeza dengan kaedah suku kata atau mengeja yang mana kanak-kanak perlu mengenal nama huruf atau mengingati berpuluh-puluh pola suku kata yang sangat membebankan kanak-kanak. Kaedah fonetik sebaliknya lebih mudah, cepat, lancar dan sejiwa dengan kanak-kanak seawal 3 tahun .

Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku telah disusun berdasarkan kaedah fonetik secara SISTEMATIK dan ditambah dengan beberapa ciri penting yang mengambil kira cara kanak-kanak belajar.

Di antaranya ialah bacalah Anakku disusun bermula dengan mengajar bunyi 3 vokal penting -a,i,u- terlebih dahulu dan digabungkan dengan konsonan yang terpilih yang diperkenalkan secara bertahap, untuk membentuk suku kata. Suku kata terpilih pula diolah untuk membentuk perkataan-perkataan mudah yang bermakna. Sebagai pengukuhan perkataan-perkataan ini diulang-ulang dalam ayat-ayat yang dibina dalam buku berikutnya. Bacalah Anakku juga mengamalkan penggunaan dua warna iaitu merah dan hitam untuk membantu koordinasi mata dan tangan semasa membaca. Karangan pendek juga disusun dalam bentuk berima untuk melancarkan bacaan disamping kurangnya gambar yang digunakan supaya tumpuan kanak-kanak kepada teks bacaan tidak terganggu.

Kami mencadangkan supaya ibu bapa dan guru menggunakan siri ini sepenuhnya dengan memulakan pengajaran dengan buku 1, buku 2, dan seterusnya. Kanak-kanak yang berusia 3 dan 4 tahun mungkin kurang selesa dengan saiz teks dalam buku ini. Oleh itu anda perlu menggunakan kad-kad yang telah disediakan supaya mereka dapat membaca dengan lebih baik.

HARGA RM36.90

KOS PENGHANTARAN BAGI SEMENANJUNG MALAYSIA RM5.00, BAGI SABAH DAN SARAWAK RM8.00 (POS LAJU)

DAPATKAN SEGERA SEBELUM TERLAMBAT!


Tindakan

Informasi

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.