Kursus Kaedah Mengajar Bacalah Anakku

15 08 2009

IMG_9398_ads

KURSUS KAEDAH MENGAJAR “BACALAH ANAKKU”

Rakaman : ” Bengkel Seni Sebagai Alat Komunikasi: Grafik dan Simbol Dalam Bahan Bacaan Kanak-Kanak”

Penyampai: Othman Ahamad & Nik Eliani Nik Nawi

VCD 1 : Pengenalan, Faktor Bahan Bacaan, Teknik Mengajar Kaedah Fonetik.

VCD 2 : Bunyi-bunyi Simbol, Teknik Memperkenalkan Bunyi.

VCD 3 : Teknik Memperkenalkan Bunyi (sambungan), Aktiviti-aktiviti Mengenal Bunyi & Bentuk Simbol Teknik Gabung Bunyi.

HARGA RM30.00

KOS PENGHANTARAN BAGI SEMENANJUNG MALAYSIA RM5.00, BAGI SABAH DAN SARAWAK RM8.00 (POS LAJU)

DAPATKAN SEGERA SEBELUM TERLAMBAT!





Bahan Bantu Mengajar Siri Cepat Membaca – ABU ADA AYAM

15 08 2009

IMG_9393_ads

BAHAN BANTU MENGAJAR SIRI CEPAT MEMBACA “BACALAH ANAKKU”

“ABU ADA AYAM” – LAGU FONIK “BACALAH ANAKKU”

Mengandungi – CD Audio Lagu Abu Ada Ayam, 30 Keping Kad Tunjuk & Sebuah Buku Mewarna.

Lagu Abu Ada Ayam

Lagu Fonik Abu Ada Ayam dapat membantu guru dan ibu bapa memperkenalkan bunyi kepada pelajar melalui nyanyian dan aksi-aksi asosiasi yang menyeronokkan. Bunyi-bunyi yang diperkenalkan dalam buku Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku.

Cara Menggunakan Kad Tunjuk dan Lagu Abu Ada Ayam

1. Sebut bunyi yang hendak diperkenalkan kepada pelajar.

2. Tunjukkan Kad Tunjuk yang mengandungi simbol bunyi yang diperkenalkan tadi.

3. Nyanyikan rangkap lagu Abu Ada Ayam yang mengandungi bunyi yang diperkenalkan sambil melakonkan aksi asosiasi.

4. Nyanyikan rangkap lagu tadi bersama-sama dengan pelajar sambil melakonkan aksi asosiasi.

5. Ulang nyayian rangkap lagu di atas sehingga pelajar dapat mengenali dan menyebut bunyi dengan betul.

HARGA RM20.00

KOS PENGHANTARAN BAGI SEMENANJUNG MALAYSIA RM5.00, BAGI SABAH DAN SARAWAK RM8.00 (POS LAJU)

DAPATKAN SEGERA SEBELUM TERLAMBAT!





Read Easy Phonic Songs – CORY CAT SONG

15 08 2009

IMG_9394_ads

The “Cory Cat” ReadEasy Phonic Songs can be used to assist teachers and parents in introducing sounds to children through singing and performing fun associative actions. The sounds introduced in these songs follow the sequence introduced in the early Reading Series ReadEasy Phonics.

HARGA RM24.90

KOS PENGHANTARAN BAGI SEMENANJUNG MALAYSIA RM5.00, BAGI SABAH DAN SARAWAK RM8.00 (POS LAJU)

DAPATKAN SEGERA SEBELUM TERLAMBAT!





Early Reading Series – READ EASY

15 08 2009

IMG_9388_ads

READ EASY – It has been proven that, for children aged 3 and above, the most natural way in learning to read is by using the phonetic approach. Scientific researches have also confirmed that the brain reads by breaking words into sounds. This phonetic-based reading series which is planned systematically by using step-by-step approach is all you need to help your child learn to read and spell in English. It will also be very helpful for non-native English speakers to understand the language easy.

HARGA RM39.90

KOS PENGHANTARAN BAGI SEMENANJUNG MALAYSIA RM5.00, BAGI SABAH DAN SARAWAK RM8.00 (POS LAJU)

DAPATKAN SEGERA SEBELUM TERLAMBAT!





Siri Cepat Membaca – BACALAH ANAKKU

15 08 2009

IMG_9391_ads

Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku – Kaedah fonetik menekankan penguasaan hubungkait di antara huruf-huruf dan bunyinya. Kajian menunjukkan bahawa otak manusia membaca dengan membunyikan (decoding) bunyi huruf-huruf bukan membunyikan nama-nama huruf. Oleh sebab sebutan perkataan bahasa melayu memang terbit secara langsung daripada gabungan bunyi-bunyi huruf, mengajar membaca menggunakan kaedah fonetik adalah yang terbaik.

Tambahan pula kaedah fonetik hanya mensyaratkan kanak-kanak mengenal dan mengingat hanya 25 huruf dan bunyinya sahaja. Ini berbeza dengan kaedah suku kata atau mengeja yang mana kanak-kanak perlu mengenal nama huruf atau mengingati berpuluh-puluh pola suku kata yang sangat membebankan kanak-kanak. Kaedah fonetik sebaliknya lebih mudah, cepat, lancar dan sejiwa dengan kanak-kanak seawal 3 tahun .

Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku telah disusun berdasarkan kaedah fonetik secara SISTEMATIK dan ditambah dengan beberapa ciri penting yang mengambil kira cara kanak-kanak belajar.

Di antaranya ialah bacalah Anakku disusun bermula dengan mengajar bunyi 3 vokal penting -a,i,u- terlebih dahulu dan digabungkan dengan konsonan yang terpilih yang diperkenalkan secara bertahap, untuk membentuk suku kata. Suku kata terpilih pula diolah untuk membentuk perkataan-perkataan mudah yang bermakna. Sebagai pengukuhan perkataan-perkataan ini diulang-ulang dalam ayat-ayat yang dibina dalam buku berikutnya. Bacalah Anakku juga mengamalkan penggunaan dua warna iaitu merah dan hitam untuk membantu koordinasi mata dan tangan semasa membaca. Karangan pendek juga disusun dalam bentuk berima untuk melancarkan bacaan disamping kurangnya gambar yang digunakan supaya tumpuan kanak-kanak kepada teks bacaan tidak terganggu.

Kami mencadangkan supaya ibu bapa dan guru menggunakan siri ini sepenuhnya dengan memulakan pengajaran dengan buku 1, buku 2, dan seterusnya. Kanak-kanak yang berusia 3 dan 4 tahun mungkin kurang selesa dengan saiz teks dalam buku ini. Oleh itu anda perlu menggunakan kad-kad yang telah disediakan supaya mereka dapat membaca dengan lebih baik.

HARGA RM36.90

KOS PENGHANTARAN BAGI SEMENANJUNG MALAYSIA RM5.00, BAGI SABAH DAN SARAWAK RM8.00 (POS LAJU)

DAPATKAN SEGERA SEBELUM TERLAMBAT!





MADU KHAULA (60 KIUB 25gm)

15 08 2009

IMG_9383_ads

Keterangan/maklumat bagi madu ini sama dengan Madu Khaula At-Thorim.

HARGA RM: 120.00

KOS PENGHANTARAN BAGI SEMENANJUNG MALAYSIA RM5.00, BAGI SABAH DAN SARAWAK RM8.00 (POS LAJU)

DAPATKAN SEGERA SEBELUM TERLAMBAT!





MADU KHAULA AS-SYIFFA’

15 08 2009

IMG_9371_ads

Keterangan/maklumat bagi madu ini sama dengan Madu Khaula At-Thorim.

HARGA RM: 60.00

KOS PENGHANTARAN ADALAH PERCUMA BAGI SEMENANJUNG MALAYSIA BAGI SABAH DAN SARAWAK RM: 5.00 (POS LAJU)

DAPATKAN SEGERA SEBELUM TERLAMBAT

PERHATIAN: PENGHANTARAN INI ADALAH BERISIKO DISEBABKAN IA BERKACA





MADU KHAULA AT-THORIM

15 08 2009

IMG_9376_ads

Apa itu Madu Khaula ?

Madu Khaula adalah madu asli yang diimport oleh Khaula Trading secara terus dari Republik Islam Iran. Khaula Trading memegang lesen pengedar tunggal untuk pasaran Malaysia dan Asia Tenggara atas jenama KHAULA. Jenama KHAULA ini telah didaftarkan sebagai TM (Trademark) atau tanda perniagaan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia.

Adakah Madu Khaula ini benar-benar madu asli?

Ya, madu ini telah disahkan asli malah berkualiti Gred A hasil dari analisis dimakmal madu di Azarbaijan, Iran dan makmal UNIPEQ, UKM Malaysia. Madu Khaula dijamin mengandungi kandungan sukrosa kurang 5% dan kandungan lembapan kurang 20% dan nilai ini adalah mengatasi piawaian International Honey Comission (IHC) dan dikelaskan sebagai Madu Gred A. Pengusaha Madu Khaula, Sabalan Shahd Co, Azarbayjan, Iran memiliki proses kawalan mutu madu (Quality Control) yang ketat sebelum diizinkan untuk eksport ke luar negara seperti UK, Oman, Yaman, Arab Saudi dan Asia Tenggara termasuk Malaysia. Pihak pengusaha ada menghantar sijil pengesahan analisis makmal setiap kali shipment Madu Khaula.

Apakah perbezaan antara Madu Khaula ini dengan lain-lain madu?

Madu ini mempunyai rasa yang harmonis, lembut, pekat dan mempunyai aroma tersendiri di mana dengan aroma dan rasanya itu, kanak-kanak sekalipun sukakannya. Di samping itu, madu ini dihasilkan oleh lebah-lebah yang dijinakkan di kawasan pergunungan yang mempunyai iklim 4 musim dan berbeza dari iklim di Malaysia yang sentiasa panas dan lembap sepanjang tahun. Perbezaan iklim ini mempengaruhi jenis tumbuhan dan bunga yang tumbuh di mana lebah-lebah ini akan mengambil manisan mereka.

Bagaimanakah cara madu ini dibungkus/dipekkan?

Madu ini dikeluarkan dalam 2 jenis iaitu yang mempunyai sarang lebah dan tanpa sarang lebah. Berat setiap botol adalah lebih kurang 1300g atau 1.3kg termasuk botol (berat botol 300g). Madu ini menjalani proses pensterilan dan pembekuan untuk mencegah bakteria semasa proses pembungkusan. Ia dijamin selamat dari bakteria.

Mengapa Madu Khaula ini tidak boleh disimpan di dalam peti ais?

Madu paling baik disimpan dalam suhu lebih kurang 20 darjah Celsius.Madu ini mempunyai sifat higroskopis iaitu berupaya menyerap lembapan dan cairan dan ini baik bagi penggunaan mengawal kanak-kanak yang kencing semasa tidur. Madu ini juga membantu untuk tidur yang lebih nyenyak kerana sifat sedatifnya (menenangkan saraf) yang lembut. Madu juga mempunyai sifat laksatif yang ringan. Apabila madu disimpan di dalam peti ais, sebahagian dari sifat dan keupayaan semulajadinya akan berkurangan dan akan menyebabkan nilai perubatannya turut berkurang. Adalah satu perkara yang merugikan jika ini berlaku sedangkan madu ini tidak pun akan menjadi rosak jika disimpan di tempat yang biasa kita menyimpan gula dan garam. Asal sahaja kita tidak membiarkan ia terdedah kepada udara dan serangga.

Ada orang mengatakan madu asli tidak akan didekati oleh semut?

Kenyataan itu adalah tidak benar sama sekali. Madu mengandungi manisan/gula. Walau bagaimanapun manisan/gula ini tidak sama dari segi bentuk/struktur semulajadinya. Gula madu tidak sama dengan gula tebu (sukrosa). Gula madu terdiri dari Dekstrosa dan Levulosa dalam sekitar (75-83%). Dekstrosa boleh segera diserap ke dalam darah manakala Levulosa lebih lambat sedikit bagi mengawal keseimbangan gula dalam darah. Oleh yang demikian adalah mustahil sama sekali semut tidak mendekati madu ini. Sebenarnya fenomena ini berlaku kerana kelainan sifat madu antara Madu Khaula dan madu tempatan. Kandungan sulfur dan kuprum yang lebih tinggi dalam madu tempatan menyebabkan madu ini bersifat panas, justeru itu semut yang mempunyai deria sensitif tidak akan mendekati madu tempatan. Manakala Madu Khaula bersifat ‘tidak panas’ maka semut akan mendekati dan jika dicampur dengan telur maka telur juga tidak akan membeku di dalam Madu Khaula.

Apakah kelebihan Madu Khaula berbanding gula dalam bentuk lain?

1. Madu tidak mengganggu saluran pencernaan.

2. Mudah dan cepat diasimilasi (proses menukarkan makanan berzat kepada tisu hidup).

3. Cepat memenuhi permintaan tenaga.

4. Meningkatkan kemampuan para olahragawan dan orang-orang lain yang memerlukan tenaga baru dalam waktu yang relatif singkat.

5. Dari segala bentuk gula yang ada, madu merupakan yang paling mudah ditangani oleh ginjal.

6. Mempunyai kesan laksatif ringan dan bersifat semulajadi.

7. Memiliki nilai sedatif yang menenangkan tubuh.

8. Mudah didapati.

9. Secara relatif ia tidak terlalu mahal.

Mengapakah Madu Khaula ini lebih baik dimakan begitu sahaja tanpa dicampur ke dalam air?

Madu secara semulajadinya telah dijadikan Allah untuk diminum terus kerana ia telah dicernakan di dalam perut lebah terlebih dahulu. Apabila dicampur ke dalam air, tentu sekali sifat semulajadinya akan terjejas atau menjadi cair khususnya dari segi nilai perubatannya. Oleh yang demikian dicadangkan bagi orang dewasa dan kanak-kanak, minumlah madu secara terus mengikut sukatan yang dicadangkan manakala bagi bayi dicadangkan madu tersebut dicampur sedikit air untuk memudahkan proses pengambilan. Khaula Trading juga telah menyediakan risalah berkenaan cara pemakanan Madu Khaula berdasarkan testimoni pengguna yang telah sembuh setelah mengikut cara yang disyorkan itu.

Apakah kegunaan sarang lebah yang ada dalam Madu Khaula?

Khaula Trading memasarkan 2 bentuk madu. Salah satu mengandungi sarang lebah. Sarang lebah digunakan khusus untuk mengubati gangguan-gangguan tertentu pada saluran pernafasan. Ia baik bagi pengidap hidung tersumbat akibat alahan, sinusitis dan penyakit akibat gangguan saluran pernafasan. Ia bagus dikunyah begitu sahaja sebesar ibu jari sehingga sarang itu mengecil dan buangkan sisanya. Amalan pengambilan madu akan membantu pengidap penyakit tersebut menghirup udara segar melalui hidung dan bukan melalui mulut! Sila baca Buku DC Jarvis (MD), Bab 9 untuk maklumat lanjut.

HARGA RM: 65.00

KOS PENGHANTARAN ADALAH PERCUMA BAGI SEMENANJUNG MALAYSIA BAGI SABAH DAN SARAWAK RM: 5.00 (POS LAJU)

DAPATKAN SEGERA SEBELUM TERLAMBAT

PERHATIAN: PENGHANTARAN INI ADALAH BERISIKO DISEBABKAN IA BERKACA








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.